Kami Sedia Membantu
Kami Sedia Membantu

Pendidikan
Untuk mencapai misi dan visinya, Yayasan Insaf menawarkan bantuan pendidikan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Jurang perbezaan ekonomi hanya dapat dirapatkan dengan peluang pendidikan yang saksama.

Kesihatan
Semua rakyat mempunyai hak terhadap perkhidmatan kesihatan yang baik. Namun bagi golongan yang kurang bernasib baik, faktor kewangan adalah penghalang besar bagi mereka mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang baik. Oleh yang demikian, Yayasan komited untuk menyalurkan bantuan kepada semua golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan usia.

Bantuan Makanan
Yayasan Insaf turut memberikan sumbangan bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan.

Khairat Kematian
Waris yang memerlukan bantuan dalam pengurusan jenazah atau pengkebumian juga boleh memohon bantuan daripada Yayasan Insaf. Bantuan ini bertujuan mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh keluarga waris.

Bantuan Bencana
Golongan kurang bernasib baik yang ditimpa benca alam boleh memohon bantuan daripada Yayasan. Nilai dan bentuk bantuan adalah berbeza bergantung kepada jenis musibah.

Bantuan Gelendangan
Yayasan Insaf menawarkan bantuan kepada golongan gelandangan. Bantuan diberikan dengan harapan mereka dapat bangkit semula disamping dapat menjauhkan mereka daripada keadaan yang lebih teruk.