Projek kami

Yayasan Insaf sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada warga Malaysia yang memerlukan

Projek kami

Yayasan Insaf sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada warga Malaysia yang memerlukan

Makanan Berkhasiat

Masalah kekurangan gizi yang akan menjejaskan perkembangan fizikal dan mental individu. Golongan kurang bernasib baik amat terdedah akan masalah ini kerana kekangan kewangan untuk membeli makanan yang berkhasiat. Oleh yang demikian, Yayasan Insaf menawarkan bantuan untuk memberikan bantuan makanan berkhasiat kepada golongan yang memerlukan.

Pendidikan

Pendidikan adalah kunci untuk membebaskan diri daripada kepompong kemiskinan. Tanpa kaedah dan persekitaran yang kondusif, golongan berisiko tidak mampu untuk menguasai pembelajaran dengan baik dan mengakibatkan mereka tercicir. Oleh yang demikian, kami akan terus kekal komited untuk memastikan golongan berisiko mendapat peluang pendidikan yang lebih baik.